salahkah jika aku berjiwa seni?
kerana ku tahu dunia takkan kekal abadi,
menjadi hamba kepada materialisasi,
sampai hujung dunia tidak habis dikejari,
cukuplah sudah kita besederhana,
kerana dunia ini hanya sementara,
makin hari dimakan usia,
tidak tahu bila kita tinggalkan semua,
biar lah diriku menghayati alam,
meneroka hutan dan lautan dalam,
pukulan ombak atau kegemerlapan malam,
mencari ilham yang terpendam didalam
No comments:
Post a Comment