Bak kata rakan ku, Itulah melayu
Bercita tinggi tapi kuat merapu,
Berjanji merata tak reti malu
Masalah menjelma menjadi kaku
Seribu alasan bertongkatkan siku
Penggunaan ’ter’ sehingga terlalu,
Mengenangkan nasib dibawah bayu
Sering membuka langkah seribu
Mungkin benar, beliau berkata demikian,
Membuat ku terfikir dan berasa terkilan,
Teruk sangatkah bangsaku yang bermata duitan,
Sanggup berbalah sesama, walau setia kawan,
Ku percaya ianya tidak mencerminkan semua,
Namun generalisasi masyarakat merosakkan nama,
Ayuh bangsaku tepikan fanta morgana,
Kembalilah kita kearah cahaya
ps:
agak kontroversi sedikit.
bukan untuk menyinggung mana-mana pihak.
harap maklum.
5 comments:
kate melayu jati=p..eh lupe dh jd international lk skang kn?haha
tak larr....aduhai... bukan nak drop diri sendiri... cuma nak ubah cara pemikiran di talkuk laa sahaja...
it's true...
take it as a reminder anyway..
nice!!
totally agree wit u !..
how do u get the boombastic use of Mee+layu words.. found it cool tho..
-Aizul
Post a Comment