Tuesday, December 22, 2009

Secukup Rasa (Karya Asli)

Kenapa kalian terasa, walau ku tak sebutkan nama,
Ianya kepada siapa, tidak ku ceritakan semua,
Apa dalam hati, takkan ku biar ia mati
Mungkin kau kan ketahui, pada suatu hari nanti

Sampai bilakan jadi begini, sungguhpun aku tidak mengerti,
Pergolakkan didalam dunia, sehingga salah seorang mati,
Ku hanya mangsa bencana, tidak siapa ambil peduli,
Apa yang tersirat, didalam hati nurani

Biarkan ku sahaja, kerana aku tak terdaya,
Apa-apa rancangan mereka, ku tutup sebelah mata,
Selagi tidak diganggu, diriku, rakan dan keluarga
Kesengsaraan kami disini, akan terbela juga akhirnya


No comments: