Masa telah menyedari kita,
Kepada apa yang penting dan apa yang derita,
Mencari jawapan dan khabar berita,
Semoga kita berpijak di bumi nyata,
Menjauhi diri dari neraka didunia,
Kembalilah kita kearah cahaya...
Setelah sekian lama kau berkorban,
Kepada para keluarga, rakan dan taulan,
Tugas yang berat yang penuh dengan beban,
Namun masih tiada erti, lagi dilemparkan tomahan,
Begitulah dunia mu, dipenuhi ligkaran,
Senantiasa diuji, agar dipertingkatkan kesabaran...
Semoga kau ketemui apa yang dicari,
Tiap kali lihatnya terbenam mentari,
Samada kau berteman atau berdirinya sendiri,
Mencari kebahagian yang kekal abadi,
Agar hidupmu lebih bererti,
Daripada kekosongan yang dirasai kini....
4 comments:
kita akan rasa kosong sebab dahagakan kasih sayang manusia....adat dunia...tapi kalau kita harapkan kasih sayang DIA....insyaAllah, hidup lebih tenang dan x kosong....
mainan dunia kadang2 indah..kadang2 perit....jgn cepat jatuh, jgn tunjuk kita lemah.... ;)
betul tu, antara sebab saya terima seadanya. kerana sekian lama keadaan tiada berubah. jadi teruskan perjalanan hidup ini yang berliku ini. semoga dapat keredhan dan keberkatan NYA.
terima kasih sahabat.
i know who you are......
InsyaAllah...ameennn...apepun hidup mesti diteruskan....busykan hidup sudah....ubat paling hebat dalam dunia ialah maafkan org....confirm bahagia...
Cool la u know me ;)
Beautiful. Love it.
Post a Comment